04 March 2011

Muadzam Shah Maju Setapak Kehadapan!!

Tahniah! hanya itu mampu diucapkan kerana Muadzam Shah telah mempunyai satu lagi pekan baru bersebelahan dengan pekan yang sedia ada. Disitu banya terdapat bangunan kedai yang boleh dibeli dan disewa oleh penduduk setempat dalam menjana ekonomi mereka.

Simpang Utama Pekan Baru Untuk Disewa / Dijual
Disini juga terdapat Tunas Manja cawangan terbaru di Muadzam Shah selepas Tunas Manja Di Highway, ianya lebih besar dan memudahkan penduduk sekeliling untuk membeli belah terutamanya pada hujung bulan. Tunas Manja tersebut baru beroperasi dan pada pemerhatian kami ianya sering dikunjungi oleh penduduk setempat.

Tunas Manja Cawangan Terbaru
Selain pada itu, kini Muadzam Shah juga mempunyai cawangan Nasi Ayam Gemas, ianya cukup popular di Gemas dan pembukaanya pada 6/4/2011, insyallah kami akan membuat sedikit review mengenai makanan di kedai nasi ayam berkenaan pada posting hadapan.

Nasi Ayam Gemas Yang Bakal Dibuka
Selain pada itu, disini juga mempunyai beberapa hotel yang akan dibuka dan dalam pada itu terdapat juga kedai RM2, kasut, wakil penjual zhulian, tunas manja khas untuk pemborong, kedai bundle, perabot dan lain lain lagi.

Tunas Manja Khas Untuk Pemborong
Akhir kata, kami masih menunggu kawasan ini untuk segera dipenuhi oleh penyewa dan pembeli. Ini kerana Muadzam Shah akan semakin meriah dengan aktiviti perniagaan yang akan datang. Dalam pada yang sama, ianya memudahkan penduduk kerana mereka mempunyai banyak pilihan tempat untuk berbelanja. Sekian jumpa lagi dalam posting seterusnya. =)

Kawasan Kedai Yang Mempunyai Cermin Atas Di Tingkat Dua
 P/S - Bila agaknya Muadzam Shah nak ada kedai mamak. Kempunan makan roti tisu and nan tandoori  =(

4 comments:

  1. dengar cerita KFC nak buka dekat bandar baru ni?
    cecite cecite?

    ReplyDelete
  2. Ada any info kedai yg boleh disewa x

    ReplyDelete
  3. saya perlukan rumah sewa di muadzamm... kenapalah susah sangat nak sewa rumah kt sini . :"(

    ReplyDelete