04 March 2011

Jom CRK!!

"CRK! CRK! CRK!" itu yang sering kedengaran di mulut pelajar UNITEN pada waktu petang. Apa itu CRK? menurut penduduk, CRK bermaksud Citarasa Kampung. CRK terletak di Muadzam Shah berhampiran Desa Melor. Disini ramai pengunjung datang untuk menikmati makanaN diwaktu pagi , petang dan malam.

Disini terdapat pelbagai gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai menu yang menarik antaranya seperti nasi ayam, laksa, lontong ayam, nasi lemak, nasi minyak, masakan panas, masakan ala Thai kuih muih, pisang goreng, keropok lekor, burger, omelet dan lain lain lagi.

Gerai Burger, Omelet, Bebola dan Jejari 
Harga yang ditawar sangat memuaskan, kebanyakan makanan di dalam anggaran RM 3 hingga ke RM 4. Manakala untuk minuman pula anggaran antara RM1 hingga RM 2. Selain pada itu penjual juga sangat peramah dan senang didekati oleh pelanggan.

Gerai minuman yang paling popular disini .
Gerai ini menyediakan pelbagai jenis minuman dari minuman panas lidah
hingga ke minuman sejuk otak dan dijamin halal.
Kebiasanya "peak hours" berkunjung ke CRK ialah pada waktu petang kerana ramai pelajar pelajar dari UNITEN & Politeknik datang untuk menikmati makanan yang disediakan. Dalam pada itu petugas petugas kerajaan dan swasta juga kelihatan disini pada waktu petang ini mungin kerana waktu bertugas telah berakhir.


Antara ahli kumpulan yang menjadi pengunjung tetap CRK

Antara wajah wajah pengunjung yang berpuas hati
dengan makanan dan minuman yang disediakan.

Antara pengunjung tetap CRK.
Gerai Masakan Panas - Peniaga Setia Menanti Pelanggannya
Gerai Nasi Minyak Yang Popular Disini. Terangakat beb!!

Pandangan Dari Luar CRK
Sebagai pengunjung Muadzam Shah, adalah tidak lengkap jika anda tidak datang ke sini. Ini adalah kerana CRK mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan tempat lain. CRK mempunyai beberapa kelemahan dimana segelintir peniaganya suka membuka dan menutup kedai sesuka hati dimana waktu pernigaan mereka tidak konsisten dan ini boleh menyebabkan rasa kecewa pengunjung yang ingin ke gerai mereka.

Sekian sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di posting yang akan datang.
Jom CRK dulu! =)

No comments:

Post a Comment