10 March 2011

AWAS!! Roadblock JPJ Dihadapan....

Seperti yang kita sedia maklum, Muadzam Shah ini di kelilingi dengan jambatan timbang JPJ iaitu satu di jalan yang menghala ke kuantan- segamat (terletak di Paloh Hinai dan dekat persimpangan Cenderawasih) dan satu lagi jalan dari Rompin ke Muadzam Shah. Senang cerita,kalo kita nk sampai muadzam shah ni, kita memang kena lalu jambatan timbang JPJ la walau macam mana pun. Tujuan wujudnya jambatan timbang ini adalah mungkin disebabkan jalan-jalan tersebut merupakan laluan utama lori-lori balak dan kargo yg dtg dari johor dan kuantan. 

Untuk makluman pembaca semua, di area muadzam shah ini, pemandu atau pembonceng memang kerap kali akan berhadapan dengan Road Block JPJ yang biasanya dijalankan pada waktu kerja di sekitar jalan2 keluar-masuk antara bandar muadzam shah. Akibat daripada road block yang kerap kali diadakan di sekitar muadzam ini, boleh dikatakan kami dan penduduk setempat sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah kerana sentiasa dibayangi roadblock JPJ. Antara tujuan yang sebenar post ini dikeluarkan ialah untuk memberi peringatan kepada semua pembaca yang mungkin akan sampai atau telah sampai di muadzam shah ini agar menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya supaya dapat di elakkan dari di saman JPJ.Di sini kami akan memberitahu tempat2 "favourite" JPJ bagi mereka menjalankan Roadblock di sekitar Muadzam Shah.  

jalan masuk hadapan signbord Muadzam Shah (hollywood)
Jalan Dihadapan Laman WoodBall Muadzam Shah
  status- Paling Kerap 
Jalan nk masuk ke pekan muadzam shah dari lebuhraya (simpang Hollywood Muadzam Shah atau hadapan laman woodball muadzam shah). 

 status - kerap
jalan keluar dari Desasiswa bestari menghala ke lebuhraya rompin-Muadzam


 status - kerap
Dihadapan kampus utama Uniten Muadzam shah, jalan penghubung antara rompin - muadzam 

     status - kadang kadang
Jalan menghala ke Bulatan (roundabout) kompleks sukan muadzam shah.  
                                                                                 
       status - kadang kadang
Jalan dihadapan Restoran WAWA INN 2020

Konklusinya, bila dah berada di muadzam shah ni, berhati-hatilah di jalan raya..pastikan seatbelt sentiasa dipakai,cukai jalan kenderaan masih hidup, lesen masih hidup kerana kalau tidak,risiko disaman JPJ amatlah besar jika ditahan di roadblock2 di lokasi terbabit.. sekian

1 comment: